Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

search

Perutusan Jurutera Daerah

gambar jd
Assalamua'laikum & Salam Satu Malaysia.
Selamat datang ke Portal Rasmi JKR Daerah Kubang Pasu.
 
Jabatan Kerja Raya Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman sentiasa peka kepada perubahan-perubahan teknologi maklumat & komunikasi terkini. Sebagai sebuah agensi pelaksana di peringkat daerah, JKR Kubang Pasu sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat, tepat dan memenuhi keperluan pelanggannya yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, kontraktor, anggota-anggota JKR dan juga orang ramai.
 
Laman ini akan sentiasa dikemaskinikan daripada segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan. Kandungan maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh JKR ini diharap dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua peringkat untuk mendapatkan maklumat secara ‘online’ mengenai tender / sebutharga, membuat aduan awam atau mengemukakan pertanyaan berhubung projek-projek pembangunan kerajaan. Kewujudan portal ini juga diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada para pelanggan.
 
Harapan saya melalui penggunaan portal ini, JKR Daerah Kubang Pasu dapat menyumbang ke arah mewujudkan Masyarakat Berilmu selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi.
 
Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat yang disediakan dalam portal ini.
 
Sekian. Terima Kasih.
Selamat melayari portal JKR Daerah Kubang Pasu.
 
MOHD RUSDI BIN ABDULLAH
Jurutera Daerah
JKR Kubang Pasu,
Kedah Darul Aman.

 
Last Updated: 10 April 2015
Hits: 17102

Copyright © 2019 JKR Kubang Pasu